Air mata yang bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan hal-hal yang mengusik hati nurani. Tangisannya bukan kerana kelemahan tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang dia miliki. Wanita berfikir dengan HATI dan merasa dengan FIKIRANnya...
Kadangkala wanita akan menangis sepanjang malam disebabkan oleh perkara-perkara lama yang sudah berlalu... mengenangkan cinta pertama yang kecundang... mengenangkan cinta yang tidak pernah kesampaian... mengenangkan dosa yang dilakukan... mengenangkan dosa terhadap ibu bapa....
Mengapa Wanita Menangis... Sikit2 menangis, dimarah sikit menangis, diberikan hadiah menangis, berlaku hal sedih menangis... Kerana dia tidak mengerti dan tidak akan pernah mengerti... dan sememangnya lelaki tidak akan memahami perkara ini kerana wanita itu sendiri tidak dapat memahami mengapa dia perlu menangis......
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada..."
Apabila ditinggalkan kekasihnya --> Wanita itu menangis kerana cintanya telah didusta. dia menangis kerana hati kekasihnya telah berubah... dia menangis kerana cintanya yang ikhlas telah dipermainkan....
Apabila suaminya dilanda musibah --> Wanita itu menangis didalam hatinya. tidak didepan suaminya kerana hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka melihat suaminya perlu bekerja keras demi keluarga....
Apabila ibu dan ayahnya menyambut panggilan Ilahi --> Semua wanita akan mengalirkan air mata mereka. bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya... ibu dan ayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan...
Apabila dirinya di ijab dan kabul --> Wanita itu menangis kerana dirinya akan meninggalkan ibu bapanya. Dia menangis kerana dirinya akan diserahkan kepada lelaki yang dicintainya. Dan masa depannya pula belum diketahuinya lagi...
Air mata wanita melambangkan perasaannya... apabila dia menangis, itulah perasaanya yang ikhlas tatkala itu.. air mata tidak berbohong wahai kaum adam. Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya...
Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan yang munasabah... Sesungguhnya... wanita dan air mata memang tidak dapat dipisahkan... Airmata wanita adalah AIR MATA KEHIDUPAN, Air mata KEKUATAN, tetapi wahai kaum hawa, menangislah untuk perkara yang membawa kebaikan kepadamu. Janganlah menangis untuk perkara yang akan menambahkan lagi kedukaanmu... menangislah jika rasa ingin menangis... walau seteguh mana pun jiwa mu itu, air mata tetap akan menjadi temanmu sama ada dihadapan sahabat, keluarga atau dibelakang mereka... air matamu pasti akan berguguran jua...
No comments:
Post a Comment